Tuesday, June 19, 2012
Milik siapakah rindu ini
langkah demi langkah, menyusur kehidupan. Hati makin resah, mencari rupa, setampan manakah dia, jujurnya, dia kekasih Allah yang maha hebat. Rindu hati ingin berjumpa. meluah rasa, Memohon shafaat. Aduh hati langsung berbisik, layakkah insan kerdil ini bertemu kekasih Allah itu. Sedang hati sering lupa dan lalai. Lima fardu pun kadang kali tertinggal. Namun itu bukan penghalang pada hati dan naluri ini untuk merindui kekasih Allah itu. Kerana syafaatnya amat penting untuk akhir hayat ku. Ya Allah sampaikan salam rindu ku pada kekasih mu itu... sesungguhnya aku ini tak lebih dari seorang insan sering lupa dan alpa. Namun aku tetap berusaha untuk membaiki duri agar kalam terkahir ku Laillaha illallah.......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment