Bait bait resah itu
seolah olah bermain kembali dihujung pena
cuba mencarik kembali
lembaran dan helaian kertas
yang arakian lama kosong dan usang
tanpa nota dan kata entah berabad lama
Tetapi hari ini
hati bagai terusik dan seakan berbisik
sudahkah kugapai bahagia itu
sudahkah kugarap menjadi acu
yang kupangil ia kehidupan.
Hati ini mengeluh
rasa apa lagi yang kurang
hingga santapan yang terhidang
makin hilang enaknya bau
makin hilang sedapnya rasa
apa mungkin aku lupa
apa sebenarnya deria
Wahai hati yang sering berbisik
makin tidak ketahuan lagaknya
aku mahu menjadi seperti laut
luas saujana memandang
dasar nan dalam bisa hapus
aku mahu terus terapung
mencari makrifat diri
moga aku kembali menjadi aku
yang dilahir seperti mula
kala ruh kudus menyapa diri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment